Saturday, December 20, 2008

Daun Sireh



Nama saintifiknya adalah Piper betel Linn dalam keluarga Piperaceae. Nama betel adalah dari bahasa Portugis - betle, berasal sebelumnya dari bahasa Malayalam di negeri Malabar yang disebut vettila. Dalam bahasa Hindi lebih dikenali pan atau paan dan dalam bahasa Sunskrit pula disebut sebagai tambula. Manakala dalam bahasa Sinhala Sri Lanka disebut bulat. Bahasa Thai pula disebut sebagai plu.


Sifat tabii sirih adalah sejenis pepohon yang menjalar dan memanjat pada batang pokok sekelilingnya atau kayu junjung. Bentuk daunnya agak bujur [bujur sirih]. Daun-daun sirih yang subur berukuran antara 8sm. - 12sm. lebar dan 10sm. - 15sm. panjang. Sirih sesuai hidup dengan ditanam di atas tanah gembur yang tidak terlalu lembab dan memerlukan cuaca tropika untuk membiak subur dengan air yang mencukupi.

Tuesday, December 16, 2008

Serangan Siput



Umpan siput yang akan memusnahkannya.

Tanggungjawab Sang Siput ni.


Lagi tanggungjawab Sang Siput

Semakin membiak pokok Heliconia yang aku perolehi dari Man tempat aku selalu cuci kereta. Namun begitu sememangnya serangan haiwan perosak tidak dapat dielakkan. Boleh dikatakan kesemua helai daun diserang oleh siput dan juga belalang. Ia memakan pucuk-pucuk tunas yang baru tumbuh tu. Isnin lepas, dalam perjalanan balik dari Melaka, aku singgah di Mantin. Tauke nursery mencadangkan aku menggunakan umpan siput. Apa yang perlu aku lakukan, taburkan sedikit umpan ini di tanah sekeliling pokok, umpan ini akan mengundang siput memakannya.. dan kesannya siput akan mati.

Sunday, November 9, 2008

Rutin kembali lagi

Pagi semalam, selesai cuci kereta sambil bersrapan diluar, aku tak masuk kedalam rumah.. sebaliknya aku mengemaskan lamanku yang semakin banyak rumput-rumput liar yang naik. Kalau minggu lepas aku meracun serangga.. minggu ni aku membaja. Baja tahi ayam yang ku beli lama dulu dah semakin membeku. Sambil tu aku mengembur-gemburkan tanah.

Selesai sudah.. dan dari porch kereta.. beginilah kelihatan lamanku.

Wednesday, September 17, 2008

Hydrangea


Bunga Kembang Tiga Bulan

Hydrangea atau lebih dikenali dengan nama Bunga Kembang Tiga Bulan atau Bunga Zaleha. Pokok ini memerlukan air yang banyak...bersesuaian dengan nama 'hydrangea' yang bermaksud 'water tub' dalam bahasa Greek.

Pembiakan amat mudah, boleh dilakukan dengan cantasan batangnya dan dicucuk terus ketanah. Ia perlu mendapat cahaya matahari yang secukupnya, pembajaan yang baik termasuk baja bunga dan perlu disiram banyak air. Pastikan saliran adalah baik

Hydrangea ini jangan diletakkan ditempat redup kerana dikhuatiri ia tidak akan berbunga. Warna bunganya boleh ditukar dari biru ke merah jambu hanya dengan menukarkan keasidan tanah.

Saturday, September 13, 2008

Heliconia - tumbuhan tropikal yang menarik




Antara spesis heliconia bihai


Heliconias merupakan tumbuhan tropical yang sering dikaitkan dengan pisang dan halia. Ada lebihkurang 100 spesis yang berbeza.


Kalau kita perhatikan, bunga heliconia ni tidaklah begitu menojol, yang membuatkan ia tampak menarik adalah kelonsong-kelonsong yang berbagai rupa bentuk menarik dan bunga sebenarnya terletak disebalik (dalam) kelonsong tersebut. Daun Heliconia lebih mirip kepada daun pisang. Umumnya berwarna hijau.


Heliconias dibiak atau bercambah dari akar seperti kunyit atau halia atau bunga kantan. Boleh lihat gambar seperti dibawah ni....



Thursday, September 4, 2008

Wakaf - Gazebo

Telah lama aku teringin untuk adakan sebuah pondok atau juga dikenali dengan gazebo buat anak-anakku. Alangkah indah.. kalau mereka boleh menggunakannya untuk bermain-main, kami duduk bersantai sambil minum petang.

Hari ini impian aku hampir tercapai. Kayu-kayu aku beli sedikit demi sedikit dari kilang kayu di Broga.. bila hampir kesemua barangnya telah tersedia, aku cari tukang yang mahir dalam ketukangan kayu. Saiznya 8' x 8', dengan ketinggian lantai anggaran 1'6" dari aras tanah dan ketinggian lantai ke aras alang kayu setinggi 7' 0". Kayu yang digunakan adalah Kayu Resak dan dikemaskan dengan 'stained finish'.

Berikut adalah bahan-bahan yang aku beli;

Kayu:
Tiang Kayu : 4" x 4" x 8' sebanyak 4 batang
Floor beam (tak berketam) : 2" x 4" x 8' sebanyak 9 batang
Rooam beam (alang) : 2" x 4" x 8' sebanyak 12 batang
Rafter : 2" x 4" x 12' sebanyak 4 batang
Timber plank : 1" x 8" x 8' 18 keping
Timber purlin @ batten : 2" x 2" x 8' 22 batang.


Bumbung:
Atap nipah 100 keping.
Zink roof caping : 8' sebanyak 5 keping


Bahan lain:
Simen 1 kampit
Pasir dan batu
Paku, varnish





Keadaan laman yang kosong sebelum ada wakaf. Dan memang ini perancangan awal aku untuk satu kawasan hijau yang lapang, tapi memandangkan rumput mutiara yang ku tanam semakin hari semakin banyak rumput-rumput liar, aku mengambil keputusan untuk kurangkan sedikit kawasan lapang.


Atap nipah ni aku import dari Merlimau. Cadangnya nak gunakan clay tiles lama dari rumah yang nak dirobohkan, tapi hinggalah ke saat aku nak buat wakaf ni.. tiles lama yang dijanjikan kawanku tak sampai-sampai, maka aku ambil keputusan gunakan nipah.



Saturday, August 30, 2008

Bahan Masakan - Semburan Serangga Perosak

Baru-baru ni saya terbaca dalam laman keluaran terbaru edisi 16 2008. Dalamnya ada diberi sedikit petua bagaimana menggunakan bawang putih untuk membunuh serangga yang merosakkan tanaman.
Antaranya;

Semburan Bawang Putih.
Tumbuk sehingga hancur 1 labu bawang putih dan kemudian campurkannya bersama 1 litre air. Masak campuran ini selama 5 minit dengan api yang sederhana. Bila air mula mengelegak, tutup api dan biarkan larutan sejuk. Tapis (untuk mengelakkan alat semburan tersumbat) dan kemudian air ini boleh digunakan sebagai semburan untuk mengawal serangan serangga perosak. Bawang putih dipercayai mempunyai kebaikan untuk melawan bakteria dan kulat.

Jus Bawang Merah
Sediakan berberapa labu bawang merah dan rendamkannya dalam bekas yang bersesuaian untuk berberapa hari. Jus yang sudah ditapis bolehlah dijadikan semburan serangga perosak untuk menghalang serangan kulat. Lakukan amalan ini 2 minggu sekali atau 2 kali seminggu pada tanaman hiasan yanng sudah dijangkiti.

Semburan Serbuk Penaik (Sodium bikarbonat)
Campurkan 2 sudu besar serbuk penaik dengan 2 litre air dan sabun jenis cecair. Kemudian bolehlah disemburkan pada kawasan bermasalah bila perlu. Seelok-elok lakukan ini ketika keadaan lembap kerana ini akan mengurangkan lagi kesan atau serangan kulapuk.

Kitchen Garden

Adalah satu langkah yang bijak sekiranya dalam keadaan ekonomi yang mendesak ini kita menanam pokok-pokok yang boleh digunakan dalam masakan harian. Misalnya seperti serai, daun pandan, kantan, cili api dan sebagainya. Di bawah.. adalah antara pokok-pokok yang ada dibelakang rumah aku.



Pokok Kari.
Nama saintifik Murraya Koenigli, tumbuh sehingga 6 meter tinggi. Popular sebagai bahan menambahkan keenakkan pada masakan kari dikalangan masyarakat india.

Thursday, August 7, 2008

Clay Drum Stool


Dalam perjalanan balik dari servis kereta di Seremban, aku singgah di Mantin. Kalau dari Seremban pulang ke Semenyih.. nursery tu sebelah kanan. Memang cantik-cantik pasu kat sana. Aku berkenan sangat 'clay drum stool' kat situ. Aku nak buat untuk outdoor stool...

Monday, May 12, 2008

Sisa Tumbuhan Suburkan Pokok

PELBAGAI cara orang dulu gunakan sama ada dari segi teknik atau bahan bagi menyuburkan tanaman. Kalau masa dulu di kampung, mana ada baja atau bahan yang diproses siap untuk menyuburkan pokok bunga. Jadi cara biasa ialah dengan menggunakan air basuh beras, ikan atau menggunakan najis haiwan ternakan seperti tahi ayam.

Namun, ada satu cara lagi iaitu menjadikan sisa tumbuhan sebagai bahan utama untuk menyuburkan pokok. Mudah, sisa tumbuhan seperti dedaun kering yang luruh atau rumput yang sudah dipotong perlu direndam terlebih dulu di dalam bekas takungan yang sesuai. Tetapi, anda perlu pastikan sisa ini cukup kering kerana jika tidak mungkin jiran atau ahli keluarga kurang senang dengan baunya.

Paling baik, pilih bekas yang mempunyai penutup bagi mengelak pembiakan jejentik. Rendaman sisa tumbuhan ini perlu dilakukan selama satu hingga dua minggu, namun ia bergantung kepada berapa banyak sisa tumbuhan dan air yang dicampur. Bagi mendapat tahu jika air rendaman sisa tumbuhan sudah sedia untuk digunakan, ia akan bertukar warna kekuningan atau sedikit coklat. Jika ini berlaku, anda boleh menggunakan air ini untuk disiram pada pokok bunga di laman anda.

Tanpa wang, anda boleh menyuburkan tanaman anda dengan sendirinya berdasarkan cara ‘orang lama’...Selamat mencuba!

Sunday, March 30, 2008

Projek Orkid Desa

Setiap hari, sama ada pergi atau pulang kerja, aku akan nampak tunggul mati ni. Betul-betul kat junction T rumahku. Aku sanggup cuti semata-mata nak ambil tunggul kayu ni. Nasiblah masa ni anak bujang aku cuti sekolah. Dialah yang ku harapkan untuk dapatkan tunggul kayu ni.

Beginilah rupanya. Akku bawa balik rumah dan pacakkan kat satu sudut rumahku. Disitu juga kuletakkan tempayan untuk 'rain harvesting'. Tujuan ku tak lain tak bukan.. nak tanam orkid desa atau orkid hutan. Orkid Hutan ni kan wangi. Ianya berdepan jer dengan bilik tidurku.



Inilah rupanya setelah aku letakkan Orkid Hutan yang aku import dari rumah mak ku. Nanti bila subur dan berbunga, aku share lagi kat sini.

Sunday, February 24, 2008

Lidah Mak Mertua (Lidah Jin)


Lidah Mak Mertua (aduh.. tajamnya, memang sesuai ke dengan nama ni?, ampun ya mak...), atau nama lain Lidah Jin. Pokok ni mengeluarkan bunga berwarna putih (tapi masa dia berbunga, aku tak sempat nak snap photo). Boleh tahan pada kepanasan matahari kerana sifat daunnya yang menyimpan air. Mudah sekali ditanam dan cantik ditanam secara berkelompok atau sebagai pagar.
Nanti tak lama lagi bila 'moyher in-law tounge' ni semakin subur, akan ku update kan disini

Wednesday, January 16, 2008

Orkid - Hobi Baru


6hb Jan 2008 yang lepas, aku ke Pasir Salak menghantar Azrul. Aku ikut jalan lama kerana nak elakkan mengantuk. Aku melepasi Selayang, Rawang.. Batang Kali... dan sampai ke persimpangan untuk ke Kuala Kubu Baru ada satu tapak semaian Orkid. Aku perlahankan kereta dan singgah.

Wahhhh.. bestnya bila tengok orkid-orkid disana. Minggu lepas aku bawa mak ke Tapak Semaian area Bukit Dukong.. mak beli butterfly orkid ni dalam harga RM 35.. itupun setelah puas pujuk rayu. Kat sini baru mak beli hanya RM 20.. wahhh so cheap aaaa?

Melihatkan keindahan orkid-orkid kat sini.. aku pun terpengaruh juga. Aku beli 3 pasu jer dulu.. tapi tak tau specis apa pun... suka suka jer.

Antara tips yang aku dapat dari peminat-peminat Orkid yang baru aku jumpa...

1. Kalau nak biakkannya, selepas pisahkan anak-anaknya into a portion.. jangan terus disiram, biarkan 2 atau 3 hari.. bagi akarnya kering baru disiram, kalau tak akarnya busuk dan ia akan mati.

2. Baja paling ok adalah baja organik. Air basuhan ikan tu diperam 2 atau 3 hari dan disiram ke pangkal orkid. Kalau 'fish emulsion' ni siram banyak pun tak apa.

3. Nak bagi bunga tahan lama.. masa siram (tak kiralah siram apa pun) jangan kenakan air tu kat bunga.