Saturday, December 20, 2008

Daun Sireh



Nama saintifiknya adalah Piper betel Linn dalam keluarga Piperaceae. Nama betel adalah dari bahasa Portugis - betle, berasal sebelumnya dari bahasa Malayalam di negeri Malabar yang disebut vettila. Dalam bahasa Hindi lebih dikenali pan atau paan dan dalam bahasa Sunskrit pula disebut sebagai tambula. Manakala dalam bahasa Sinhala Sri Lanka disebut bulat. Bahasa Thai pula disebut sebagai plu.


Sifat tabii sirih adalah sejenis pepohon yang menjalar dan memanjat pada batang pokok sekelilingnya atau kayu junjung. Bentuk daunnya agak bujur [bujur sirih]. Daun-daun sirih yang subur berukuran antara 8sm. - 12sm. lebar dan 10sm. - 15sm. panjang. Sirih sesuai hidup dengan ditanam di atas tanah gembur yang tidak terlalu lembab dan memerlukan cuaca tropika untuk membiak subur dengan air yang mencukupi.

Tuesday, December 16, 2008

Serangan Siput



Umpan siput yang akan memusnahkannya.

Tanggungjawab Sang Siput ni.


Lagi tanggungjawab Sang Siput

Semakin membiak pokok Heliconia yang aku perolehi dari Man tempat aku selalu cuci kereta. Namun begitu sememangnya serangan haiwan perosak tidak dapat dielakkan. Boleh dikatakan kesemua helai daun diserang oleh siput dan juga belalang. Ia memakan pucuk-pucuk tunas yang baru tumbuh tu. Isnin lepas, dalam perjalanan balik dari Melaka, aku singgah di Mantin. Tauke nursery mencadangkan aku menggunakan umpan siput. Apa yang perlu aku lakukan, taburkan sedikit umpan ini di tanah sekeliling pokok, umpan ini akan mengundang siput memakannya.. dan kesannya siput akan mati.