Saturday, August 30, 2008

Bahan Masakan - Semburan Serangga Perosak

Baru-baru ni saya terbaca dalam laman keluaran terbaru edisi 16 2008. Dalamnya ada diberi sedikit petua bagaimana menggunakan bawang putih untuk membunuh serangga yang merosakkan tanaman.
Antaranya;

Semburan Bawang Putih.
Tumbuk sehingga hancur 1 labu bawang putih dan kemudian campurkannya bersama 1 litre air. Masak campuran ini selama 5 minit dengan api yang sederhana. Bila air mula mengelegak, tutup api dan biarkan larutan sejuk. Tapis (untuk mengelakkan alat semburan tersumbat) dan kemudian air ini boleh digunakan sebagai semburan untuk mengawal serangan serangga perosak. Bawang putih dipercayai mempunyai kebaikan untuk melawan bakteria dan kulat.

Jus Bawang Merah
Sediakan berberapa labu bawang merah dan rendamkannya dalam bekas yang bersesuaian untuk berberapa hari. Jus yang sudah ditapis bolehlah dijadikan semburan serangga perosak untuk menghalang serangan kulat. Lakukan amalan ini 2 minggu sekali atau 2 kali seminggu pada tanaman hiasan yanng sudah dijangkiti.

Semburan Serbuk Penaik (Sodium bikarbonat)
Campurkan 2 sudu besar serbuk penaik dengan 2 litre air dan sabun jenis cecair. Kemudian bolehlah disemburkan pada kawasan bermasalah bila perlu. Seelok-elok lakukan ini ketika keadaan lembap kerana ini akan mengurangkan lagi kesan atau serangan kulapuk.

Kitchen Garden

Adalah satu langkah yang bijak sekiranya dalam keadaan ekonomi yang mendesak ini kita menanam pokok-pokok yang boleh digunakan dalam masakan harian. Misalnya seperti serai, daun pandan, kantan, cili api dan sebagainya. Di bawah.. adalah antara pokok-pokok yang ada dibelakang rumah aku.



Pokok Kari.
Nama saintifik Murraya Koenigli, tumbuh sehingga 6 meter tinggi. Popular sebagai bahan menambahkan keenakkan pada masakan kari dikalangan masyarakat india.

Thursday, August 7, 2008

Clay Drum Stool


Dalam perjalanan balik dari servis kereta di Seremban, aku singgah di Mantin. Kalau dari Seremban pulang ke Semenyih.. nursery tu sebelah kanan. Memang cantik-cantik pasu kat sana. Aku berkenan sangat 'clay drum stool' kat situ. Aku nak buat untuk outdoor stool...