Wednesday, September 17, 2008

Hydrangea


Bunga Kembang Tiga Bulan

Hydrangea atau lebih dikenali dengan nama Bunga Kembang Tiga Bulan atau Bunga Zaleha. Pokok ini memerlukan air yang banyak...bersesuaian dengan nama 'hydrangea' yang bermaksud 'water tub' dalam bahasa Greek.

Pembiakan amat mudah, boleh dilakukan dengan cantasan batangnya dan dicucuk terus ketanah. Ia perlu mendapat cahaya matahari yang secukupnya, pembajaan yang baik termasuk baja bunga dan perlu disiram banyak air. Pastikan saliran adalah baik

Hydrangea ini jangan diletakkan ditempat redup kerana dikhuatiri ia tidak akan berbunga. Warna bunganya boleh ditukar dari biru ke merah jambu hanya dengan menukarkan keasidan tanah.

Saturday, September 13, 2008

Heliconia - tumbuhan tropikal yang menarik




Antara spesis heliconia bihai


Heliconias merupakan tumbuhan tropical yang sering dikaitkan dengan pisang dan halia. Ada lebihkurang 100 spesis yang berbeza.


Kalau kita perhatikan, bunga heliconia ni tidaklah begitu menojol, yang membuatkan ia tampak menarik adalah kelonsong-kelonsong yang berbagai rupa bentuk menarik dan bunga sebenarnya terletak disebalik (dalam) kelonsong tersebut. Daun Heliconia lebih mirip kepada daun pisang. Umumnya berwarna hijau.


Heliconias dibiak atau bercambah dari akar seperti kunyit atau halia atau bunga kantan. Boleh lihat gambar seperti dibawah ni....



Thursday, September 4, 2008

Wakaf - Gazebo

Telah lama aku teringin untuk adakan sebuah pondok atau juga dikenali dengan gazebo buat anak-anakku. Alangkah indah.. kalau mereka boleh menggunakannya untuk bermain-main, kami duduk bersantai sambil minum petang.

Hari ini impian aku hampir tercapai. Kayu-kayu aku beli sedikit demi sedikit dari kilang kayu di Broga.. bila hampir kesemua barangnya telah tersedia, aku cari tukang yang mahir dalam ketukangan kayu. Saiznya 8' x 8', dengan ketinggian lantai anggaran 1'6" dari aras tanah dan ketinggian lantai ke aras alang kayu setinggi 7' 0". Kayu yang digunakan adalah Kayu Resak dan dikemaskan dengan 'stained finish'.

Berikut adalah bahan-bahan yang aku beli;

Kayu:
Tiang Kayu : 4" x 4" x 8' sebanyak 4 batang
Floor beam (tak berketam) : 2" x 4" x 8' sebanyak 9 batang
Rooam beam (alang) : 2" x 4" x 8' sebanyak 12 batang
Rafter : 2" x 4" x 12' sebanyak 4 batang
Timber plank : 1" x 8" x 8' 18 keping
Timber purlin @ batten : 2" x 2" x 8' 22 batang.


Bumbung:
Atap nipah 100 keping.
Zink roof caping : 8' sebanyak 5 keping


Bahan lain:
Simen 1 kampit
Pasir dan batu
Paku, varnish





Keadaan laman yang kosong sebelum ada wakaf. Dan memang ini perancangan awal aku untuk satu kawasan hijau yang lapang, tapi memandangkan rumput mutiara yang ku tanam semakin hari semakin banyak rumput-rumput liar, aku mengambil keputusan untuk kurangkan sedikit kawasan lapang.


Atap nipah ni aku import dari Merlimau. Cadangnya nak gunakan clay tiles lama dari rumah yang nak dirobohkan, tapi hinggalah ke saat aku nak buat wakaf ni.. tiles lama yang dijanjikan kawanku tak sampai-sampai, maka aku ambil keputusan gunakan nipah.